01 September, 2007

Guru lahirkan anak 12 tengah malam merdeka


KUALA LUMPUR 31 Ogos – Titisan air mata kegembiraan mengalir pada wajah Haryati Husain, 32, apabila mengetahui anaknya lahir tepat pada pukul 12 tengah malam ketika negara menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-50 tengah malam tadi.

Haryati, guru di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, menceritakan peristiwa gembira itu ketika ditemui di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini hari ini.

Haryati tidak menyangka anak keduanya itu dilahirkan pada tarikh keramat tersebut kerana beliau dijadualkan bersalin minggu depan.

‘‘Oleh kerana dia lahir pada hari yang penuh bermakna, saya berharap dia akan menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai rakyat dalam tempoh 50 tahun akan datang apabila negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100,’’ katanya.


More News

1 comment:

Anonymous said...

To the owner of this blog, how far youve come?